Tebatan Banjir Generasi Ketiga

Tebatan Banjir Generasi Ke-3

Kaedah Tebatan Banjir Konvensional

Kaedah tebatan banjir semasa secara amnya melibatkan pembinaan longkang monsun, tembok banjir, pintu air, parit sungai atau tanggul, bendung, pembetung lencongan, atau empangan, yang dibina mengikut kesesuaian tapak dan ciri-ciri sungai. Kadang kala, pendalaman sungai akan dilakukan untuk meningkatkan kapasiti pegangan dan aliran air.

Klasifikasi Generasi Tebatan Banjir

Kaedah konvensional boleh dikelaskan sebagai generasi pertama dan kedua. Generasi pertama umumnya terdiri daripada pelebaran sungai, pendalaman, pengukuhan, penyimpanan luar sungai atau kolam penahan bumi. Sebaliknya, tebatan banjir generasi kedua dibangunkan apabila teknologi konkrit dan keluli mula menguasai industri pembinaan. Tebatan banjir generasi kedua terdiri daripada kolam tahanan dalam, pembetung lencongan bawah tanah, dan terowong.
Tebatan Banjir Generasi Pertama
Tebatan Banjir Generasi Kedua
Walaupun mempunyai mekanisme tebatan banjir generasi pertama dan kedua, kawasan pedalaman tertentu masih terdedah kepada risiko banjir semasa musim hujan dan tengkujuh, terutamanya ketika hujan lebat. Hal ini berpunca kerana struktur kawasan tersebut tidak mengalirkan lebihan air hujan atau limpahan ke laluan sungai atau longkang sedia ada. Justeru, struktur pengurusan air tambahan yang boleh menampung air dan mengalihkan jumlah air berlebihan yang banyak secara terus ke laut diperlukan untuk menangani isu banjir di kawasan yang sangat terdedah yang berpunca daripada oleh gelombang ribut dan kenaikan air laut.

Kaedah Tebatan Banjir Generasi Ketiga

Oleh sebab itu, bagi menangani banjir yang disebabkan oleh faktor-faktor di atas, sistem tebatan banjir generasi ketiga telah dibangunkan. Secara mudahnya, kaedah ini dibuat dengan menaikkan struktur (yang dipanggil aqueduct) yang boleh menyalurkan lebihan air banjir terus ke arah laut. Dengan menaikkan struktur aqueduct ini, paras air banjir akan naik melebihi paras air pasang dan paras gelombang ribut. Hal ini akan memudahkan pengaliran air untuk turun daripada aqueduct dan dilepaskan ke laut.
Sistem ini akan bertindak sebagai mekanisme kalis kegagalan yang boleh dipercayai untuk mempertahankan kawasan rendah yang terdedah kepada risiko banjir, terutamanya apabila hujan lebat berlaku bersama dengan gelombang laut. Jika diurus dan dilaksanakan dengan baik, sistem aqueduct ini akan menjadi sistem tebatan banjir generasi ketiga yang akan menyumbang kepada keselamatan nyawa dan mengurangkan potensi kehilangan harta benda dan ekonomi sesebuah negara. Penderitaan penduduk miskin yang menjadi mangsa banjir akibat pemanasan global dan kenaikan paras air laut boleh dihapuskan atau dikurangkan dengan ketara dengan menggunakan inovasi kerja-kerja tebatan banjir generasi ketiga ini. Sistem aqueduct ini juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan air dengan membekalkan air, mengecas semula air tanah, dan juga digunakan untuk pengairan.
Tuntasnya, kaedah tebatan banjir generasi pertama dan kedua mempunyai beberapa batasan, seperti kapasiti penyimpanan, dan tahap terbalik nyahcas yang mempunyai tempoh fungsi terhad semasa hujan yang berpanjangan. Kedua-dua generasi tebatan banjir mempunyai fungsi terhad apabila air laut naik dan kesan air pasang yang luar biasa berlaku. Krisis global semasa kenaikan air laut dan keadaan cuaca yang melampau menjadikan kaedah tebatan banjir generasi pertama dan kedua kurang berkesan, memandangkan sistem bergantung kepada komponen sokongan sekunder seperti pam.
Contact us directly